Showing posts with label Ride To Work. Show all posts
Showing posts with label Ride To Work. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Kembali Berkayuh

Healthy life start at 30's.
Kehidupan sihat bermula 30an.

Hari 060313 nie bermula lah program kehidupan sihat aku iaitu dengan objektif dan wawasan yang sangat positif dan sensetif iaitu untuk mencapai berat badan ideal dgn BMI yg stabil. 


Bermulanya pada minggu nie dimana aku nak pergi kerja seperti biasa dan datang office awal sikit (tak seperti biasa hehe) sampai je kat pintu lif, ramai lah pula orang yg menunggu. tunggu punya tunggu dah dua kali lif yg sama naik turun, tak dapat jugak nak naik. Dengan gagah perkasanya aku terus menuju ke tangga bangunan untuk dipanjat ke tingkat 3 dari tingkat B1 nie. kalau nak dikirakan dalam 5 tingkat jgk nak kena panjat nie. Tingkat pertama berjaya diewaskan dengan mudah, tingkat kedua lebih kurang sama tetapi ada sedikit berat dada nak menyedut udara, tingkat ke tiga jantung mula menunjukan tanda pengepaman yg agak laju. Menuju ke tingkat ke empat nafas mula menjadi berat dan tangan memegang rail tangga. dan menuju tingkat yg ke lima iaitu yg terakhir , rasa seperti dada dan jantung macam nak meletup. Pintu tangga tingkat tiga di bukak, hati lega tapi jantung dengan dada tak bermaya. Aku terpikir apa ke halnya nie? takan muda2 stamina dah hancur macam nie? Baru lah teringat adanya dimana aku nie dah 3 bulan tak ada bersenam dgn mengayuh basikal kat rumah tu.......... Padan muka.



Tengah hari tu barulah terfikir mcm mana nak mengatasi masalah ini dengan jayanya. Belek punya belek kat bawah meja nak mengunyah sikit sambil berfikir. terperasan la pulak ada milk shake perisa Cafe Late lagi benda nie wife bagi nak suruh promote barangan Shaklee dia sambil nak berdiet. Datang lah Idea nak start diet program aku ni ha. Petang tu pekena milk Shake Shaklee nie lepas tu balik nak mengayuh Basikal aku yang dah tersadai dah dekat 3 bulan (lebih kot !). 


 Bantuan untuk mendapatkan tenaga Zahir dan Batin heheh.
Shaklee Cinch Perisa Cafe Late (set Kurus le nie heheh)



Semangat menigkat dengan mendadak. Pulang rumah dengan lancar. letak beg tukar baju , cari cycling shoes, pam tayar basikal , dan start kayuhhhhhh.... 




Pencarian Kasut yang Mencabar Iman

 Kayuhan Kembalikan semangat selepas 3 bulan Cuti2 Malaysia....
Lokasi Bukit Chermin Putra Height.



 Tengok construction LRT sampai ke sini. Lepas nie pakai LRT je pergi kerja.

 Semangat tinggi tak cukup nak panjat bukit yg tinggi kalau stamina hanya setinggi buku lali. kehkehkeh. takpa esok Repeat lagi InsyAllah.


Wife cakap gambar nie lawa, Sebab tu aku letak...... Subhanallah cantiknya :)


Hari Dah nak Magrib kena balik. Tapi hasil Kayuhan Boleh tahan le. Sejam punya hasil.


InsyAllah Selepas nie aku akan meneruskan perjuangan yang baru nak bermula nie sampai ke tujuannya. Kalau ada komen atau pandangan atau nak ajak kayuh sekali ke no problem...... Wasalam.








Friday, June 11, 2010

Tak Mampu Untuk Sakit.........


Zaman sekarang nie kalau nak diikutkan sakit macam2 penyakit ada..... bukan aku cakap aku nie sihat sangat, tapi kalau duk pada zaman nie kos nak berubat tu memang mahal wooo.. kalau nak dikira kalau kita demam jumpa doktor.... palaing sikit duit nak kena keluar Rm35... tu baru demam, kalau selsema , batuk , sakit pingang, dan memacam penyakit zaman morden nie mau kering duit dalam beg duit.....

Nie aku nak cerita sikit pasal kalau kita sakit yang tahap kritikal cthnya kalau sakit jantung la katakan.... berapa ramai la rakyat malaysia nie yang ada medical kad yang boleh kita tunjuk je kat kaunter hospital lepas tu terus boleh masuk wak tak payah banyak cerita..... nak katakan 50% belum lagi beb... kalau yang bernasib ada lah insuran.... selamat lah sikit... nie dari pandangan aku le... biasanya belia yang umur dari 20 hingga 35 nie yang kerja kilang makan gaji.... kebanyankannye company tak provide insuran.... tambah pulak yang dah berhenti kerja bukak bisnes sendiri.... lagi la... kalau bisness masyuk boleh la amik insuran kalau tak, duk tanguh sampai kesudah... bukan ape kalau kita nie masuk hospital disebabkan penyakit yg kritikal..... banyak wo pakai duit, paling kurang nak kena siap 5 ribu tu... kalau nak cepat lah.... kalau sanggup tunggu takpe la.... sanggup ke kita nak tengok keluarga kita nie tersiksa... so moral of the story is kena amik medical kad dengan takaful a.k.a insuran...

hehehe nie bukan nak cerita pasal insuran la... aku nak cerita pasal kena la hidup sihat ... sebab kalau sakit kena pakai banyak duit... kalau sakit macam mana nak cari duit bang! takkan nak masuk bersamamu.... so salah satu cara nak sihat... kayuh la basikal... sebab kalau kita kayuh basikal sekurang2 nye dapat la nak bakar lemak dengan buang toksin dalam badan kita nie.... so risiko kena sakit jantung nie kureng le .... ha lagi satu jang le isap rokok bro..... kan ke dalam internet da ckp kat dalam rokok tu ade racun tikus.... bahaya tu.....

Sekarang nie ramai org da ada basikal yang memahal cangih2 dan lain2 lagi..... so rugi la kalau tak guna... kalau kayuh nak nampak cool susah le ..... hehehe.... jangan mare bang... tak rugi kalau dalam seminggu dapat pegi keja naik basikal.... insyAllah tak bahaya bro kalau tau cara....